Rabu, 23 Desember 2009

MUTIARA KATA


  • Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
  • Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
  • Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu
    perkara iaitu USAHA.
  • Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
  • Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
  • Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
  • Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
  • Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
  • Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
  • Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
  • Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
  • Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
  • Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
    membawa kepada impian.

0 comments:

Posting Komentar